Kriteria Kelayakan
- Mesti termasuk di dalam definisi PKS (untuk maklumat lanjut, sila klik di sini).
- Syarikat sendirian berhad yang dimiliki dan dikawal oleh warganegara Malaysia yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965, Pemilikan Tunggal atau Perkongsian.
- Bagi perniagaan yang beroperasi selama satu (1) tahun atau kurang sahaja.
Penghantaran Permohonan Jaminan Pinjaman
Semua permohonan jaminan pinjaman hendaklah dihantar terus kepada CGC dengan menggunakan borang permohonan berserta dengan dokumen-dokumen yang diperlukan sepertimana keperluan pemprosesan pinjaman biasa.
Jumlah Pinjaman Dan Lindungan Jaminan
Jumlah pinjaman di antara RM50,000.00 hingga RM2.0 juta.
Lindungan jaminan adalah sehingga 100% dan sah sehingga tarikh matang pinjaman dengan tempoh maksimum lima (5) tahun.
Kemudahan Kredit Yang Dilindungi
Overdraf dan Pinjaman Berjangka sahaja.
Kos Peminjaman
Kadar pinjaman tahunan adalah sehingga Kadar Pinjaman Asas (KPA) institusi pinjaman.
Yuran Jaminan
- Tidak bercagar: 0.75% hingga 5.75% setahun
- Bercagar: 0.50% hingga 3.60% setahun
PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi akan dikenakan yuran jaminan yang lebih tinggi, manakala PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih rendah akan dikenakan yuran jaminan yang lebih rendah. Julat adalah untuk memadankan kredibiliti peminjam dari segi penakrifan risiko dengan harga jaminan.
i) Bayaran Yuran Jaminan
- Surat Jaminan baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan (FI) .
- LG Ulang Tahun -Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG.
ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan
- Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata pada setiap bulan. Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/Ulang Tahun LG sehingga bulan pembatalan/pindaan.
- Pembayaran balik yuran jaminan secara purata adalah untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC bermula 2 Januari 2013 dan seterusnya.
Yuran Pemprosesan
RM300.00 (untuk setiap permohonan yang berjaya)
Yuran Tahunan
RM150.00
Institusi-institusi yang mengambil bahagian
Maybank , RHB Bank , AmBank , CIMB Bank, EON Bank, Affin Bank, OCBC Bank dan semua institusi-institusi pinjaman yang ditentukan oleh CGC dari masa ke semasa.