Skim Jaminan Anjal (SJA)

Cetak

Objektif

Skim Jaminan Anjal (SJA) menyediakan jaminan bagi pinjaman yang diberikan di bawah Tabung Industri Kecil dan Sederhana 2 (TIKS2) dan Tabung Usahawan Baru 2 (TUB2).

Dana ini direka bagi memudahkan akses kepada kredit untuk Industri Kecil dan Medium (IKS) Malaysia yang berdaya maju.

Ciri-ciri Utama

Antara ciri-ciri utama SJA adalah:

  • Lindungan jaminan meliputi antara 30% – 80% seperti yang dikehendaki oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian.
  • Yuran jaminan tahunan, dikira berdasarkan lindungan jaminan yang dikeluarkan dan dibayar terlebih dahulu. Yuran akan ditanggung oleh institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian.
  • Tidak Bercagar:- Antara 0.8% hingga 2.15% setahun.
  • Bercagar:- Antara 0.5% hingga 1.85 % setahun.

i) Bayaran Yuran Jaminan

  • Surat Jaminan baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan (FI) .
  • LG Ulang Tahun – Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG .

ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan

  • Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata pada setiap bulan. Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/Ulang Tahun LG sehingga bulan pembatalan/pindaan.
  • Pembayaran balik yuran jaminan secara purata adalah untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC bermula 2 Januari 2013 dan seterusnya.

Prosedur Permohonan

Permohonan pinjaman dibuat melalui mana-mana institusi kewangan yang mengambil bahagian. Kelulusan adalah tertakluk kepada prosedur tapisan biasa dan keperluan keselamatan oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Tabung Industri Kecil dan Sederhana 2 (TIKS2)

Tujuan Pembiayaan

  • Pengembangan kapasiti produktif
  • Modal kerja; atau kedua-duanya

Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:

  • Pembelian saham
  • Pembiayaan semula kemudahan kredit yang sedia ada
  • Pembelian tanah dan harta untuk tujuan pelaburan

Kriteria Kelayakan

  • Dana pemegang saham tidak melebihi RM2.0 juta.
  • Institusi-institusi milik warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51%) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Koperasi 1993, Akta Pertubuhan 1966, warganegara bermastautin di Malaysia dan usahawan-usahawan yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat atau pihak berkuasa yang lain.
  • Mesti termasuk dalam definisi PKS (untuk maklumat lanjut, sila klik di sini)
  • Perniagaan francais boleh memohon skim ini.

Sektor yang Layak : Semua sektor ekonomi kecuali untuk aktiviti tukaran wang.
Kadar Pembiayaan Maksimum : 4.0% hingga 6.0% setahun
Tempoh Maksimum : Sehingga 5 tahun
Pembiayaan Minimum : RM50,000
Pembiayaan Maksimum : RM5 juta

Institusi Kewangan yang Mengambil Bahagian (PFI)

  • Semua bank komersil
  • Semua bank Islam
  • SME Development Bank Malaysia Bhd
  • Malaysian Industrial Development Finance Bhd
  • Agrobank
  • Sabah Development Bank Bhd

PFI yang Layak untuk Jaminan CGC

  • Semua bank komersil
  • Semua syarikat kewangan
  • SME Development Bank Malaysia Bhd

Tabung Usahawan Baru 2 (TUB2)

Tujuan Pembiayaan

  • Pengembangan kapasiti produktif
  • Modal kerja; atau kedua-duanya

Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:

  • Pembelian saham
  • Pembiayaan semula kemudahan kredit yang sedia ada

Kelayakan

  • Dana pemegang saham tidak melebihi RM10 juta.
  • Institusi Bumiputera milik penuh yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Koperasi 1993, Akta Pertubuhan 1966, warganegara Bumiputera yang bermastautin di Malaysia dan usahawan Bumiputera yang berdaftar di bawah Pendaftar Syarikat atau pihak berkuasa yang lain; atau
  • Mesti termasuk dalam definisi PKS (untuk maklumat lanjut, sila klik di sini)
  • Syarikat Bumiputera yang bersaiz kecil dan sederhana yang mengambil bahagian di bawah program pembangunan vendor Kementerian Pembangunan Usahawan atau Kementerian Kewangan dengan sekurang-kurangnya 70% ekuiti Bumiputera dan kawalan pengurusan.

Sektor yang Layak : Semua sektor ekonomi
Kadar Pembiayaan Maksimum : 4.0% hingga 6.0% setahun
Tempoh Maksimum :Sehingga 5 tahun
Pembiayaan Minimum : Tiada
Pembiayaan Maksimum : RM5 juta

Institusi Kewangan yang Mengambil Bahagian (PFI)

  • Semua bank komersil
  • Semua bank Islam
  • SME Development Bank Malaysia Bhd
  • Malaysian Industrial Development Finance Bhd
  • Agrobank
  • Sabah Development Bank Bhd

PFI yang Layak untuk Jaminan CGC

  • Semua bank komersil
  • Semua bank Islam
  • SME Development Bank Malaysia Bhd
  • Malaysian Industrial Development Finance Bhd

Sila tinggalkan maklumat anda di sini dan kami akan menghubungi anda.

    Nama Anda:

    E-mel:

    Nombor Telefon:

    Pertanyaan:

    Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

    Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

    Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/?lang=my
    Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/?lang=my