Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) & Skim Pembiayaan Teknologi Hijau – Islam (SPTH – i) 2.0

Cetak

Objektif

Teknologi Hijau adalah dijangkakan sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi bagi Malaysia. GTFS / GTFS-i 2.0 telah ditubuhkan oleh Kerajaan bertujuan untuk menggalakkan syarikat dan usahawan tempatan supaya terlibat dalam projek berasaskan teknologi hijau bagi menyokong agenda teknologi hijau negara.

Tujuan Pembiayaan

  • Pengeluar Teknologi Hijau – Untuk membiayai pelaburan dalam pengeluaran produk teknologi hijau
  • Pengguna Teknologi Hijau – Untuk membiayai pelaburan dalam penggunaan teknologi hijau
  • Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO) – Untuk membiayai pelaburan atau aset berkaitan dengan projek kecekapan tenaga dan/ atau kontrak prestasi tenaga

Skim ini boleh digunakan untuk pembiayaan:

  1. Perbelanjaan Modal
    Untuk pembelian peralatan, baru dan peralatan yang dibaikpulih.
  2. Modal Kerja
    Jumlah kemudahan pinjaman / pembiayaan maksimum yang dibenarkan untuk modal kerja adalah sehingga RM5 juta

Tujuan berikut tidak layak di bawah Skim ini:

  • Untuk pembiayaan semula atau penstrukturan semula kemudahan pinjaman / pembiayaan sedia ada
  • Untuk pembiayaan kos Penyelidikan dan Pembangunan
  • Untuk projek-projek yang telah siap dan dibiayai

Kriteria Kelayakan

  • Skim ini terbuka kepada kategori berikut:
    i. Pengeluar Teknologi Hijau
    ii. Pengguna Teknologi Hijau
    iii. Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO)
  • Syarikat mesti berdaftar secara sah di Malaysia, dimiliki dan dikawal oleh warganegara Malaysia (dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham)
  • Sektor yang berkelayakan adalah:
    i. Tenaga
    ii. Pembuatan
    iii. Pengangkutan
    iv. Bangunan
    v. Pengurusan Sisa
    vi. Air
  • Syarikat dengan Sijil Projek Hijau yang dikeluarkan oleh Malaysian Green Technology Corporation dan sijil mestilah dalam tempoh sah

Had Pinjaman/ Pembiayaan Maksimum

  • Pengeluar Teknologi Hijau: RM100 juta
  • Pengguna Teknologi Hijau: RM50 juta
  • Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO): RM25 juta

Tempoh Pinjaman/ Pembiayaan Maksimum

  • Pengeluar Teknologi Hijau: Sehingga 15 tahun
  • Pengguna Teknologi Hijau: Sehingga 10 tahun
  • Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO): Sehingga 5 tahun

Jenis Kemudahan Kredit/ Pembiayaan

  • Semua jenis kemudahan untuk pinjaman konvensional dan pembiayaan Islam

Lindungan Jaminan

  • Jaminan 60% ke atas pinjaman/ pembiayaan yang diluluskan dan terhad kepada nilai yang dinyatakan dalam Sijil Projek Hijau yang dikeluarkan oleh Malaysian Green Technology Corporation

Institusi-institusi yang mengambil bahagian

  • Semua institusi kewangan komersil, Islamik, dan institusi kewangan pembangunan yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia
  • Institusi lain yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan

Kadar Faedah/ Keuntungan

  • Akan ditentukan oleh institusi-institusi yang mengambil bahagian

Insentif Kerajaan

  • Pembayaran balik 2% setahun kadar faedah/ keuntungan untuk tujuh tahun pertama pinjaman/ pembiayaan berdasarkan tarikh pengeluaran Surat Pengesahan

Prosedur Permohonan

  • Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Malaysian Green Technology Corporation di laman web www.gtfs.my untuk pensijilan projek hijau
  • Pemohon yang telah memperolehi pensijilan projek hijau kemudiannya mengemukakan permohonan untuk pinjaman/ pembiayaan di mana-mana institusi-instusi yang mengambil bahagian

Tempoh Permohonan

  • Skim ini akan dibuka sehingga 31 Disember 2020 atau setelah pinjaman / pembiayaan sehingga RM2 bilion diluluskan, yang mana lebih awal atau lanjutan berikutnya berkenaan tarikh luput permohonan

Sila tinggalkan maklumat anda di sini dan kami akan menghubungi anda.

    Nama Anda:

    E-mel:

    Nombor Telefon:

    Pertanyaan:

    Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

    Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

    Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/?lang=my
    Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/?lang=my