Skim BizJamin-i

Cetak

Kriteria Kelayakan

  • Perniagaan baharu adalah layak untuk memohon
  • Mesti termasuk di dalam definisi PKS.
  • Perniagaan yang dikawal atau dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dengan CGC atau Institusi-institusi Kewangan atau yang disenaraikan di bawah Biro Maklumat Cek, BNM.
  • Semua perniagaan yang berdaya maju yang terlibat di dalam aktiviti-aktiviti ‘halal’.

Jumlah Pinjaman dan Lindungan Jaminan

Pembiayaan sehingga RM10.0 juta.

Tidak Bercagar
Perlindungan maksimum sehingga RM3.0 juta bagi bahagian tidak bercagar.
Bercagar
Tiada had yang dikenakan ke atas bahagian dijamin.

Perlindungan jaminan Perbadanan adalah antara 30% hingga 90% tertakluk pada yang berikut: –
Bahagian Tidak Bercagar – Sehingga 80%
Bahagian Bercagar – Sehingga 90%

Kemudahan Kredit Dilindungi

Pembiayaian Berjangka-i
Kemudahan Aliran Tunai-i
Surat Kredit-i / Resit Amanah-i
Bil-bil Dibeli-i
Jaminan Bank-i
Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i
Penerimaan Jurubank-i
Sewa Beli-i
Pajakan-i

Yuran Jaminan

Tidak bercagar: 0.75% hingga 4.00% setahun.
Bercagar: 0.50% hingga 3.20% setahun.
PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi akan dikenakan yuran jaminan yang lebih tinggi, manakala PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih rendah akan dikenakan yuran jaminan yang lebih rendah. Julat adalah untuk memadankan kredibiliti peminjam dari segi penarafan risiko dengan harga jaminan.

i) Bayaran Yuran Jaminan

Surat Jaminan baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan (FI).
LG Ulang Tahun -Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG.
ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan

Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata pada setiap bulan. Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/Ulang Tahun LG sehingga bulan pembatalan/pindaan.
Pembayaran balik yuran jaminan secara purata adalah untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC bermula 2 Januari 2013 dan seterusnya.

Kadar Keuntungan

Kadar keuntungan tahunan adalah sehingga 2% di atas Kadar Pembiayaan Asas (KPA) di institusi pinjaman yang mengambil bahagian.
* Institusi-institusi pinjaman bebas untuk menentukan kadar keuntungan sekiranya lindungan jaminan adalah 50% atau kurang.

Institusi-institusi yang mengambil bahagian

Institusi-institusi Kewangan Pembangunan (DFI), Bank-bank Komersial dan Bank-bank Islam yang mengambil bahagian.

Sila tinggalkan maklumat anda di sini dan kami akan menghubungi anda.

    Nama Anda:

    E-mel:

    Nombor Telefon:

    Pertanyaan:

    Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

    Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

    Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/?lang=my
    Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/?lang=my