| Statistik Skim | |
|---|---|
| Bilangan Permohonan yang Diluluskan | Jumlah yang Diluluskan (RM) |
| 218 | RM 2,333,431,763.00 |
|
Baki Dana: RM 1,166,568,237.00 |
|
| 10 December 2025 | |
Pengenalan
Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dalam teknologi hijau, iaitu satu sektor yang dijangka menjadi salah satu pemacu baharu pertumbuhan ekonomi negara kita.
Ini adalah inisiatif nasional yang bertujuan untuk mencapai persekitaran yang mampan. Institusi Kewangan yang mengambil bahagian (PFI) berperanan penting dalam memastikan kejayaan SPTH, yang melibatkan pembiayaan syarikat-syarikat yang membekalkan dan menggunakan teknologi hijau.
Kriteria Pelaburan
Pelaburan dalam Teknologi Hijau merangkumi produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: –
- Meminimakan pencemaran alam sekitar;
- Mempunyai sifar atau pengeluaran gas rumah hijau (GHG) yang rendah;
- Selamat untuk digunakan dan menggalakkan alam sekitar yang lebih baik dan sihat untuk semua kehidupan;
- Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber semulajadi; atau
- Menggalakkan penggunaan sumber-sumber yang diperbaharu.
Penerangan
| Penerangan | Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) & Skim Pembiayaan Teknologi Hijau – Islam (SPTH – i) untuk Pengeluar |
| Tujuan | Bagi membiayai pelaburan di dalam pengeluaran teknologi hijau yang memenuhi matlamat skim |
| Kriteria Kelayakan | Syarikat berdaftar yang dimiliki oleh warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51%) dalam semua sektor ekonomi |
| Had Pembiayaan | Maksimum: RM100 juta (bagi setiap syarikat) |
| Tempoh Pembiayaan | Sehingga 15 tahun |
Kemudahan yang Layak
Semua jenis kemudahan pembiayaan di bawah pembiayaan Islam dan Konvensional
Yuran Jaminan
- 0.5% setahun ke atas lindungan jaminan
Kadar Faedah / Kadar Pembiayaan
- Ditentukan oleh Institusi-institusi Kewangan yang mengambil bahagian
Lindungan Jaminan
- 60% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan
Insentif Kerajaan
- Subsidi keuntungan 2% ke atas jumlah pembiayaan komponen hijau dan
- Perlindungan jaminan 60% ke atas jumlah pembiayaan komponen hijau
Institusi Kewangan yang Mengambil Bahagian
- Semua bank-bank komersil dan bank-bank Islam
- Semua Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Pembangunan, SME Development Bank, Agrobank, Bank Rakyat , EXIM Bank dan Bank Simpanan Nasional)
- Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV). MDV bagaimanapun terhad kepada jumlah maksimum pembiayaan sebanyak RM800 juta.
Agensi Pelaksana
Malaysian Green Technology Corporation dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
Prosedur Permohonan
- Syarikat-syarikat mengemukakan permintaan untuk audit teknikal ke Malaysian Green Technology Corporation. Setelah lulus audit teknikal, syarikat-syarikat boleh terus mengemukakan permohonan untuk pembiayaan kepada mana-mana PFI.
- Setelah diluluskan, PFI boleh memohon jaminan kepada CGC secara langsung.
Tarikh Akhir Permohonan
Skim ini boleh didapati dari 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2017 atau semasa kelulusan pembiayaan sehingga RM3.5 bilion, yang mana lebih awal.
* Untuk maklumat teknikal mengenai SPTH, sila hubungi:
Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia)
No. 2, Jalan 9/10, Persiaran Usahawan, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Hotline: 1 800 88 4837
Faks: 03-8921 0801/0802
E-mel: feedback@gtfs.my
Laman web: www.gtfs.my
