Kemudahan Bantuan Bencana 2017 (DRF) & Kemudahan Bantuan Bencana-i 2017 (DRF-i)

Objektif

Objektif Kemudahan Bantuan Bencana 2017 (DRF) dan Kemudahan Bantuan Bencana-i 2017 (DRF-i) bertujuan untuk mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir, melalui penyediaan pembiayaan baru kepada perniagaan bagi membolehkan PKS meneruskan operasi perniagaan .

Jumlah Peruntukan

RM500 juta

Prosedur Permohonan

Semua permohonan pembiayaan boleh dikemukakan kepada mana-mana institusi kewangan yang mengambil bahagian. Kelulusan adalah tertakluk kepada prosedur pemeriksaan normal dan syarat sekuriti yang ditetapkan oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Institusi Kewangan yang Mengambil Bahagian (PFIs)

Institusi kewangan yang mengambil bahagian adalah ditakrifkan seperti berikut:-

  • Semua bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA);
  • Semua bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA); dan
  • Semua institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (DFIA)

Tempoh Permohonan

Skim ini dibuka untuk permohonan bermula dari 8 November 2017 sehingga 31 Mei 2018

Kriteria Kelayakan

  • Menepati definisi PKS oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) (untuk maklumat lanjut, sila klik di sini).
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan memiliki minimum 51% pegangan saham dalam PKS.
  • PKS yang memenuhi kriteria berikut layak memperoleh pembiayaan daripada dana tersebut: –
    1. i) Terletak di daerah yang terjejas akibat bencana yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (untuk maklumat lanjut, sila klik sini) atau pihak berkuasa yang kompeten;
    2. ii) Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau pihak berkuasa / pejabat daerah di Sabah dan Sarawak; atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional; dan
  • iii) Pegangan saham oleh Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) dalam PKS tidak melebihi 20%.

Jenis Kemudahan

Pembiayaan berjangka sahaja

Jumlah Pembiayaan

  • Tiada amaun minimum
  • Jumlah pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM500,000 bagi setiap PKS termasuk kumpulan syarikat yang mempunyai pemegang saham yang sama

Tujuan Pembiayaan

  • Pembaikan dan / atau penggantian aset untuk kegunaan komersil (seperti loji dan jentera) yang rosak akibat bencana alam; dan / atau
  • Modal kerja

Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:

  • Pembiayaan semula kemudahan kredit / pembiayaan sedia ada;
  • Aktiviti perniagaan yang tidak patuh Shari’ah (hanya tertakluk kepada DRF-i 2017)

Kadar Keuntungan Efektif

  • 25% setahun
  • Tiada cagaran diperlukan untuk pembiayaan ini

Tempoh Pembiayaan

Sehingga LIMA (5) tahun daripada tarikh pengeluaran pembiayaan pertama, dengan tempoh penangguhan bayaran balik selama ENAM (6) bulan untuk kedua-dua bayaran prinsipal dan keuntungan, serta pembiayaan tersebut tidak akan diklasifikasikan sebagai tertunggak semasa tempoh penangguhan bayaran.

Perlindungan Jaminan

  • BNM melalui CGC menyediakan perlindungan jaminan sebanyak 60% pada prinsipal dan kadar keuntungan biasa, manakala baki risiko pembiayaan sebanyak 40% akan ditanggung oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian
  • Perlindungan jaminan harus kekal berkuatkuasa sehingga tarikh matang kemudahan ini dengan tempoh pembiayaan maksimum selama LIMA (5) tahun

Yuran Jaminan

Tiada yuran jaminan akan dikenakan kepada pelanggan.