Objektif
Teknologi Hijau adalah dijangkakan sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi bagi Malaysia. GTFS / GTFS-i 2.0 telah ditubuhkan oleh Kerajaan bertujuan untuk menggalakkan syarikat dan usahawan tempatan supaya terlibat dalam projek berasaskan teknologi hijau bagi menyokong agenda teknologi hijau negara.
Tujuan Pembiayaan
- Pengeluar Teknologi Hijau – Untuk membiayai pelaburan dalam pengeluaran produk teknologi hijau
- Pengguna Teknologi Hijau – Untuk membiayai pelaburan dalam penggunaan teknologi hijau
- Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO) – Untuk membiayai pelaburan atau aset berkaitan dengan projek kecekapan tenaga dan/ atau kontrak prestasi tenaga
Skim ini boleh digunakan untuk pembiayaan:
- Perbelanjaan Modal
Untuk pembelian peralatan, baru dan peralatan yang dibaikpulih. - Modal Kerja
Jumlah kemudahan pinjaman / pembiayaan maksimum yang dibenarkan untuk modal kerja adalah sehingga RM5 juta
Tujuan berikut tidak layak di bawah Skim ini:
- Untuk pembiayaan semula atau penstrukturan semula kemudahan pinjaman / pembiayaan sedia ada
- Untuk pembiayaan kos Penyelidikan dan Pembangunan
- Untuk projek-projek yang telah siap dan dibiayai
Kriteria Kelayakan
- Skim ini terbuka kepada kategori berikut:
i. Pengeluar Teknologi Hijau
ii. Pengguna Teknologi Hijau
iii. Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO) - Syarikat mesti berdaftar secara sah di Malaysia, dimiliki dan dikawal oleh warganegara Malaysia (dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham)
- Sektor yang berkelayakan adalah:
i. Tenaga
ii. Pembuatan
iii. Pengangkutan
iv. Bangunan
v. Pengurusan Sisa
vi. Air - Syarikat dengan Sijil Projek Hijau yang dikeluarkan oleh Malaysian Green Technology Corporation dan sijil mestilah dalam tempoh sah
Had Pinjaman/ Pembiayaan Maksimum
- Pengeluar Teknologi Hijau: RM100 juta
- Pengguna Teknologi Hijau: RM50 juta
- Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO): RM25 juta
Tempoh Pinjaman/ Pembiayaan Maksimum
- Pengeluar Teknologi Hijau: Sehingga 15 tahun
- Pengguna Teknologi Hijau: Sehingga 10 tahun
- Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO): Sehingga 5 tahun
Jenis Kemudahan Kredit/ Pembiayaan
- Semua jenis kemudahan untuk pinjaman konvensional dan pembiayaan Islam
Lindungan Jaminan
- Jaminan 60% ke atas pinjaman/ pembiayaan yang diluluskan dan terhad kepada nilai yang dinyatakan dalam Sijil Projek Hijau yang dikeluarkan oleh Malaysian Green Technology Corporation
Institusi-institusi yang mengambil bahagian
- Semua institusi kewangan komersil, Islamik, dan institusi kewangan pembangunan yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia
- Institusi lain yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan
Kadar Faedah/ Keuntungan
- Akan ditentukan oleh institusi-institusi yang mengambil bahagian
Insentif Kerajaan
- Pembayaran balik 2% setahun kadar faedah/ keuntungan untuk tujuh tahun pertama pinjaman/ pembiayaan berdasarkan tarikh pengeluaran Surat Pengesahan
Prosedur Permohonan
- Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Malaysian Green Technology Corporation di laman web www.gtfs.my untuk pensijilan projek hijau
- Pemohon yang telah memperolehi pensijilan projek hijau kemudiannya mengemukakan permohonan untuk pinjaman/ pembiayaan di mana-mana institusi-instusi yang mengambil bahagian
Tempoh Permohonan
- Skim ini akan dibuka sehingga 31 Disember 2020 atau setelah pinjaman / pembiayaan sehingga RM2 bilion diluluskan, yang mana lebih awal atau lanjutan berikutnya berkenaan tarikh luput permohonan
