Kriteria Kelayakan
- Berumur 21-58 (ketika permohonan)
- Merupakan syarikat PKS berdasarkan kepada definisi Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK).
- Perniagaan yang berdaftar di Malaysia dan dikawal selia serta dimiliki oleh warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51% pegangan saham)
- Sekurang-kurangnya perniagaan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan
- Perniagaan yang berlesen dan / atau dalam operasi kurang daripada 3 tahun
Jumlah pembiayaan
- Min – RM50,000
- Maks – RM300,000
* Bergantung kepada kelayakan setiap pelanggan
Jenis Kemudahan
- Pembiayaan Berjangka
* Untuk tujuan modal kerja dan / atau pemerolehan aset
Kadar Pembiayaan
- Min – BFR + 0.30%
- Maks – BFR + 1.65%
* BFR yang dinyatakan adalah berdasarkan kepada Maybank Islamic BFR dan tertakluk kepada perubahan seterusnya
Tempoh
Maksimum tujuh (7) tahun
Prosedur permohonan
- Borang permohonan boleh didapati di cawangan-cawangan CGC atau Klik di sini untuk memuat turun Borang Permohonan.
- Borang permohonan yang lengkap bersama-sama dengan semua dokumen sokongan boleh dikemukakan dimana-mana cawangan CGC.
* Tertakluk kepada ketersediaan dana.
