Kriteria Kelayakan
- Pemohon mestilah seorang usahawan Bumiputera atau syarikat Bumiputera yang dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera;
- Pemohon mestilah mempunyai projek/kontrak terjamin daripada kerajaan, badan-badan dan agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat milik kerajaan;
- Projek/kontrak yang diperolehi daripada syarikat-syarikat swasta yang memenuhi kriteria berikut juga adalah layak: –
a. Pemberi kontrak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan Dana Pemegang Saham Bersih sekurang-kurangnya RM20.0 juta;
b. Telah beroperasi selama tidak kurang dari tiga (3) tahun;
c. Tiada rekod kerugian yang dicatatkan dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir.
Klik di sini untuk melihat senarai syarikat swasta yang layak. - Pemohon digalakkan untuk menjadi ahli kepada salah satu daripada pertubuhan perniagaan berikut: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), PERDASAMA, USAHANITA, Dewan Usahawan Muda Bumiputera dan lain-lain pertubuhan yang diperakui oleh CGC.
- Untuk kontraktor, pemohon mestilah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan tidak disenaraihitamkan oleh PKK;
- Tiada kemudahan kredit lain yang diberikan oleh Institusi Kewangan lain untuk membiayai projek/kontrak yang sama.
Jumlah Pembiayaan Maksimum
- Sehingga RM3.0 juta bagi permohonan kali pertama dan sehingga RM5.0 juta bagi permohonan berikutnya;
- Bagi permohonan pembiayaan seterusnya yang lebih daripada RM3.0 juta dan sehingga RM5.0 juta, adalah layak bagi kriteria berikut:
i. Dana Pemegang Saham Bersih tidak kurang dari RM1.0 juta;
ii. Nisbah Penggearan tidak melebihi daripada lima (5) kali ;
iii. Mempunyai rekod prestasi yang baik dengan CGC; dan
iv. Pemberi kontrak mempunyai rekod prestasi yang baik. - Bagi perniagaan-perniagaan penyediaan makanan/ katering, pembiayaan maksimum dihadkan kepada RM750,000.00.
- Bagi perkongsian dan persendirian, pembiayaan maksimum adalah dihadkan kepada RM500,000.00.
Jenis Kemudahan
Pembiayaan Berjangka; and
Pembiayaan Pusingan.
Yuran Jaminan
Tiada yuran jaminan dikenakan di bawah skim ini.
Kadar Pembiayaan
1. Pembiayaan kali pertama 5.0% setahun.
2. Pembiayaan berikutnya. KPA* Maybank Islamic + 1.0% setahun.
* KPA- Kadar Pembiayaan Asas
Tempoh
Maksimum lima (5) tahun atau tempoh masa kontrak atau jangkamasa pembiayaan, yang mana lebih awal.
Prosedur Permohonan
Borang permohonan boleh didapati di: –
• Semua cawangan CGC; atau
• Laman web CGC.
Klik di sini untuk memuat turun Borang Permohonan.
Borang permohonan yang lengkap dan dilampirkan dengan semua dokumen sokongan boleh dikemukakan kepada mana-mana cawangan CGC.
