Kriteria Kelayakan
- Peminjam yang baru dan sedia ada.
- Perniagaan yang berdaftar di dalam Malaysia.
- Entiti perniagaan sepperti Sdn Bhd, Perkongsian dan Milikan Persendirian layak memohon.
- Pemohon sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh bumiputera (pemegang saham) dan memenuhi definisi PKS.
- Lindungan jaminan sehingga 90% bagi pembiayaan tanpa cagaran
Had Pinjaman Maksimum
Pinjaman sehingga RM500 ribu
Jenis Kemudahan Kredit Dilindungi
- Pinjaman Berjangka-i
- Kemudahan Aliran Tunai-i
- Surat Kredit-i/Resit Amanah-i
- Bil-bil Dibeli-i
- Jaminan Bank-i
- Pembiayaan Semula Kredit Eksport -i
- Penerimaan Jurubank-i
- Sewa Beli-i
- Pajakan-i
Kadar Pembiayaan
Kadar pembiayaan tahunan adalah tertakluk kepada Kadar Pembiayaan Asas (KPA) + maksimum 2% di atas institusi-institusi kewangan.
*Institusi-institusi kewangan bebas untuk menentukan kadar pembiayaan sekiranya lindungan jaminan adalah 50% atau kurang.
Lindungan Jaminan
Lindungan jaminan CGC adalah antara 30% hingga 90% tertakluk kepada yang berikut: –
- Tidak Bercagar – Sehingga 90% (lindungan maksimum sebanyak RM3.0 juta)
- Bercagar – Sehingga 90% (tiada had yang dikenakan ke atas bahagian bercagar)
Yuran Jaminan
- Tidak bercagar: 0.75% hingga 4.00% setahun.
- Bercagar: 0.50% hingga 3.20% setahun.
i) Bayaran Yuran Jaminan
- Surat Jaminan baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan (FI).
- LG Ulang Tahun -Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG.
ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan
- Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata pada setiap bulan. Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/Ulang Tahun LG sehingga bulan pembatalan/pindaan.
- Pembayaran balik yuran jaminan secara purata adalah untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC bermula 2 Januari 2013 dan seterusnya.
