Enhancer Bumi – i

Kriteria Kelayakan

  • Peminjam yang baru dan sedia ada.
  • Perniagaan yang berdaftar di dalam Malaysia.
  • Entiti perniagaan sepperti Sdn Bhd, Perkongsian dan Milikan Persendirian layak memohon.
  • Pemohon sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh bumiputera (pemegang saham) dan memenuhi definisi PKS.
  • Lindungan jaminan sehingga 90% bagi pembiayaan tanpa cagaran

Had Pinjaman Maksimum

Pinjaman sehingga RM500 ribu

Jenis Kemudahan Kredit Dilindungi

  • Pinjaman Berjangka-i
  • Kemudahan Aliran Tunai-i
  • Surat Kredit-i/Resit Amanah-i
  • Bil-bil Dibeli-i
  • Jaminan Bank-i
  • Pembiayaan Semula Kredit Eksport -i
  • Penerimaan Jurubank-i
  • Sewa Beli-i
  • Pajakan-i

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan tahunan adalah tertakluk kepada Kadar Pembiayaan Asas (KPA) + maksimum 2% di atas institusi-institusi kewangan.

*Institusi-institusi kewangan bebas untuk menentukan kadar pembiayaan sekiranya lindungan jaminan adalah 50% atau kurang.

Lindungan Jaminan

Lindungan jaminan CGC adalah antara 30% hingga 90% tertakluk kepada yang berikut: –

  • Tidak Bercagar – Sehingga 90% (lindungan maksimum sebanyak RM3.0 juta)
  • Bercagar – Sehingga 90% (tiada had yang dikenakan ke atas bahagian bercagar)

Yuran Jaminan

  • Tidak bercagar: 0.75% hingga 4.00% setahun.
  • Bercagar: 0.50% hingga 3.20% setahun.

i) Bayaran Yuran Jaminan

  • Surat Jaminan baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan (FI).
  • LG Ulang Tahun -Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG.

ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan

  • Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata pada setiap bulan. Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/Ulang Tahun LG sehingga bulan pembatalan/pindaan.
  • Pembayaran balik yuran jaminan secara purata adalah untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC bermula 2 Januari 2013 dan seterusnya.