Pengenalan
Skim Pembiayaan Harta Intelek (SPHI) adalah satu skim yang ditubuhkan oleh Kerajaan bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan meningkatkan produktiviti, dengan menyediakan pembiayaan kepada syarikat yang mempunyai pemilikan Hak Harta Intelek (HHI) yang sah dan bermanfaat. Skim ini membolehkan mana-mana syarikat yang mempunyai HHI menggunakan HHI yang dimiliki sebagai sumber cagaran tambahan bagi memperoleh pembiayaan, dan mendorong lebih banyak pelaburan dengan keupayaan teknologi tinggi.
Kriteria kelayakan
- Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) atau Syarikat Awam (Bhd) yang diperbadankan di Malaysia dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Syarikat hendaklah mempunyai minimum sebanyak 51% dalam bahagian utama ekuiti tempatan
- Syarikat hendaklah memiliki HHI yang telah sah dan bermanfaat, yakni HHI tersebut mestilah berdaftar atau Hak Cipta dimaklumkan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Tujuan pembiayaan
- Modal kerja;
- Pemerolehan aset; atau
- Pengembangan atau menaik taraf perniagaan
Tempoh pembiayaan
Sehingga 5 tahun
*Moratorium adalah dibenarkan sehingga 12 bulan dan hendaklah dalam tempoh 5 tahun pembiayaan, dimana syarikat hanya perlu membayar faedah/ keuntungan.
Jumlah pembiayaan
Sehingga RM10 juta atau 80% daripada nilai cagaran HHI, yang mana lebih rendah (berdasarkan syarikat)
Lindungan jaminan
50% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan
Yuran pentadbiran
0.5% setahun dengan GST (6%) ke atas lindungan jaminan
Kadar faedah/ keuntungan
Ditentukan oleh Institusi Kewangan yang mengambil bahagian
Institusi kewangan
Malaysia Debt Ventures Berhad
Prosedur Permohonan
- Syarikat perlu mengemukakan permohonan kepada Institusi Kewangan yang mengambil bahagian setelah memperoleh penilaian untuk HHI atau secara serentak semasa penyerahan permohonan untuk penilaian HHI.
Tarikh akhir permohonan
Skim ini ditawarkan dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2017 atau sehingga jumlah pembiayaan maksimum sebanyak RM200 juta telah dicapai, yang mana lebih awal.
